Tuesday, October 20

KeK uNTuK aMy


Sebagai ingatan untuk b'day adik Cik yang bongsu, Amy, Cik belikan kek ni dan selendang sebagai hadiah. Dah beso rupanya adik kecik Cik....

Monday, October 12

Kami Versi Karton


11 Oktober, 2009 Ahad.

Hari ni kami sama-sama bangun lambat setelah kepenatan seharian bergerak dari pagi sampai malam bersama-sama rombongan marhaban pejabat ke rumah staf, semalam. Bermula dari rumah Radzi, En. Din, En. Malek, Taslim, Kamarul dan akhir sekali rumah Kak Faezah. Kami dah terlalu kepenatan untuk bergerak ke rumah Yah. Sampai di rumah masing-masing berbongkang terbaring depan tv. Izam terus tertido. Cik masih lagi leka depan tv tapi akhirnya tertido jugak dengan tv tengok Cik.

Bangun hari ni, Izam mengajak Cik ke Batu Pahat tapi masing-masing masih lagi leka depan tv. Dalam kol 2.30 ptg kami baru bergerak keluar rumah. Jalan-jalan ke BP Mall dapat hasil yang paling memuaskan hati LAKARAN KAMI DALAM VERSI KARTON

3 Oktober, 2009


Hari ini Sabtu, Cik bertugas untuk Majlis Karnival Aktiviti Pelajar 2009. Izam pun bekerja seperti biasa. Dalam kol 11.00 pagi Izam telefon dan memberitahu atuk meninggal dunia pagi awal subuh tadi. Izam ambik keputusan untuk balik sendiri.

Sebelah malamnya kami sama-sama bersiap untuk balik semula ke Yong Peng untuk kenduri aruah atuk.

Raya Pertama Di Tangkak


Raya 2009 buat pertama kalinya beraya jauh dari ibu, ayah, adik-adik dan anak-anak.

Sedih kerana terpaksa meninggalkan Ibu, Ayah dan Nane yang tak cukup tangan dan kaki untuk mengemas rumah dan masak di malam raya kerana tahun-tahun sebelum ni kami yang menguruskan rumah bersama-sama. Izam buat keputusan di saat akhir untuk balik menyambut raya di Yong Peng dan Cik terpaksa akur dengan permintaannya. Hati bertambah sedih kerana tiada riuh rendah memasak dan mengemas di rumah mertua. Masing-masing tidur. Tapi Cik tak dapat melelapkan mata buat seketika ketika itu kerana terlalu sedih meninggalkan ibu dan ayah sendirian memasak di rumah dan Nane mengemas sendirian.

Balik dari sembahyang sunat raya masing-masing bersiap untuk balik ke Tangkak. Dapatlah menjejakkan kaki ke rumah saudara Izam dan berkenal-kenalan dengan mereka. Tapi mereka pun tak banyak bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM


Inilah pejabat baru Cik di sini.

12 Oktober, 2009 (Isnin) 9.05 pagi

Buat ke sekian kalinya Cik dapat mengemaskini blog sendiri setelah sekian lama tidak berkesempatan mendatanginya.

Ketika ini Cik dan suami tengah taksub dengan permainan control termasuk helikopter, kereta dan enjin kerok. Kami telah mempunyai beberapa koleksi yang terdiri daripada 3 buah kereta dengan saiz paling kecil sehingga paling besar, sebuah helikopter dan sebuah enjin kerok. Kat sini Cik masukkan kereta control suami, warna biru kuning.