Monday, December 21

12/12/2009

Baba pergi juga akhirnya....... Sedih....namun tetap redha dengan pemergian Baba yang disayang.

Sabtu pagi 12/12/2009, aku dikejutkan dengan sms Adik, suruh ke Hospital Batu Pahat (HBP) kerana Baba kritikal. Baba memang ada beberapa kali ditahan di HBP kerana batuk berdarah. Baba kuat merokok dan agak berumur. Tapi sebelum niii Baba cuma masuk dan keluar hospital.

Cik jangka cuma dapat ke HBP sebelah petang kerana suami bekerja. Tak sampai berapa lama..Nana pulak telefon mintak jugak Cik datang HBP tak kira dengan cara apa sekalipun kerana Baba memanggil nama Cik. Di kalangan cucu-cucu Baba, Cik termasuk di dalam kumpulan CUCU KESAYANGAN Baba. Waktu tuuuu air mata...dah tak dapat Cik kawal. Sementara menunggu suami balik...Cik menangis aje. Cik merayu pada suami untuk bawak Cik ke HBP. Akhirnya suami bekerja separuh hari untuk sama-sama melawat Baba.

Cik sampai tengah hari. Apa yang sepupu dan Nana bagitau...sewaktu Cik melangkah masuk ke bilik Baba (1st class) Baba menyebut nama Cik sekali lagi...... Bile Mama dan Mak Itam bagitau Cik datang...Baba cuma kata "TAU". Baba buka mata sekejap aje. Sepetang Cik dan semua keluarga menunggu di bilik Baba... Memang stabil. Sehinggalah kami diminta keluar oleh nurse-nurse bertugas dalam pukul 5.00 petang. Khalis, Khaliq, Nana, Azmi, Cik dan suami terasa lapar kerana dari pagi tak makan apa-apa. Jadi, Cik mengajak sepupu-sepupu dan adik-adik Cik makan bersama Cik dan suami. Kami mencari makan hingga ke Tasik Merdeka. Baru aje melabuhkan bontot di kerusi...belum lagi makanan sampai ke meja...Khaliq dapat panggilan dan minta naik semula ke bilik Baba kerana Baba nazak. Tak sampai berapa saat....dapat panggilan semula.............BABA DAH PERGI MENINGGAL KAMI..... Khaliq meraung kat meja makan..... Cik cuba sabarkan adik-adik sepupu dan menyuruh mereka makan jugak.... Makan yang tak ada makna....tak rasa pun kat tekak.....

Akhirnya.....Baba pergi jugak meninggalkan kami tanpa sempat meraikan Hari Pertunangan Syazili (sepupu Cik di JB) dan Majlis Persandingan Cik 2hb Januari nanti.....

Baba pergi tepat jam 5.32 petang, 12/12/2009 dengan sakit radang paru-paru.

Majlis Persandingan Cik nanti..tak kan jadi meriah dengan pemergian Baba. Namun tetap diteruskan kerana kad telah dicetak dan dalam proses pengedaran.

Semoga roh Baba ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Saturday, December 5

JKH 6789

Sebenarnya kami sekeluarga masih di dalam kesedihan kerana kereta baru ayah dicuri dan masih belum ditemui. Sewaktu kejadian, kami sekeluarga, Nana, Amy, Ibu, Ayah, Cik dan Izam baru aje nak lelapkan mata.

Tiba-tiba Nana terjaga bile alarm kereta berbunyi. Dalam pada tuu..Nana terus berlari ke arah ayah yang tengah tidur dan bertanyakan di mana ayah letak kereta. Bile ayah kata di garage, Nana terus berlari semula ke bilik, membuka tingkap dan mendapati kereta ayah sedang dipecut laju keluar dari garage. Nana terus menjerit "Ayah!!!!!!!!! Kereta kena curi". Izam tersedar dan terus bingkas dari katil menyebabkan Cik turut terjaga dan berlari keluar. Dada berombak kuat. Takut, sedih tak dapat digambarkan. Ayah, Izam dan Cik berlari keluar laman diikuti Nana. Dan kemudian Izam berlari semula ke dalam untuk mengambil kunci kereta. Amy terus menelefon balai polis. Ibu lak terduduk tak terkata.

Kecurian berlaku kira-kira pukul 12.50 ke 1.00 pagi. Ayah dan Izam terus ke balai polis. Amy lak telefon semua pakcik-pakcik. Kami terus tak tidur. Cik dan Izam terus bergerak cari ke darat Rejo Sari dan terus ke Kulai dan Johor. Pak Din mencari di sekitar Senggarang. Pak Tam pulak ke Pontian. Seminggu kami mencari. Sampai ke Yong Peng, Chaah, Segamat. Dah bermacam usaha kami buat. Duit...tak terkira. Kasihan ayah.

Kereta Iswara Aeroback (Oren) JKH 6789 adalah hadiah kami 4 beradik perempuan A'a, Nana, Amy dan Cik untuk ayah. Janjinya...kami bayarkan ansuran bulanan. Dan telahpun dibayar semenjak 2 tahun lepas dan tinggal 2 tahun je lagi untuk habis bayar. Duit muka ayah keluarkan RM10K. Mudah-mudahan kereta ayah dijumpai dalam waktu terdekat tanpa ada apa-apa yang terusik dari kereta. Amin.

Si JaNTaN SHiKa KaMi



Cik dan suami ada anak kucing. Kami sama-sama ambik dari rumah Hasnol. Kami namakan Shika. Shika cerdik dan tak mengotor. Buang air pun kat tandas.

Irdina Izzati & Arissa Izzati


Arissa dah bercukur botak


Arissa dan kakak Irdina



Arissa Close-up

Tuesday, November 10

Dorsett Hotel Johor



Bengkel Pemantapan Modul Dan Penyediaan Manual Seminar Pengurusan Organisasi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM pada 6 - 8 November, 2009 di Dorsett Hotel Johor.

Gerak pergi ke Dorsett dah malam sebab tunggu Izam balik keje. Tapi sementara tunggu tuuu Cik dapat masakkan Izam sambal tumis udang campur petai. Tetiba suami kecik Cik nak makan petai pulak... Masakkan nasi siap². Tapi Izam tak nak makan lak. Jadi Cik tapau semua makanan.

Sampai di Dorsett, semua kengkawan dah gerak ke bilik mesyuarat. Check-in, pastu terus gi meeting. Izam dok bilik tengok tv.

Column


Sambutan Hari Deepavali 1 Universiti 1 Malaysia

Monday, November 9

Izzati JR lahir pada 2 November, 2009


"Cik dapat baby baru"
Bile Cik sebut gini..mesti sumer kengkawan pelik dan bertanya semula "ko dah ada anak ke??". Sebenarnya...anak-anak Cik tuuu adalah anak-anak buah Cik. Muhammad Akmal, anak adik no. 2. Irdina Izzati, anak adik no. 3. 2 November, 2009 yang lalu Irdina Izzati dapat adik baru, namanya ARISSA IZZATI. Cik baru berpeluang tengok baby semalam. Itupun kerana Cik bertugas di Johor dan masa balik....singgah jap ke rumah adik di Kulai.

Tuesday, October 20

KeK uNTuK aMy


Sebagai ingatan untuk b'day adik Cik yang bongsu, Amy, Cik belikan kek ni dan selendang sebagai hadiah. Dah beso rupanya adik kecik Cik....

Monday, October 12

Kami Versi Karton


11 Oktober, 2009 Ahad.

Hari ni kami sama-sama bangun lambat setelah kepenatan seharian bergerak dari pagi sampai malam bersama-sama rombongan marhaban pejabat ke rumah staf, semalam. Bermula dari rumah Radzi, En. Din, En. Malek, Taslim, Kamarul dan akhir sekali rumah Kak Faezah. Kami dah terlalu kepenatan untuk bergerak ke rumah Yah. Sampai di rumah masing-masing berbongkang terbaring depan tv. Izam terus tertido. Cik masih lagi leka depan tv tapi akhirnya tertido jugak dengan tv tengok Cik.

Bangun hari ni, Izam mengajak Cik ke Batu Pahat tapi masing-masing masih lagi leka depan tv. Dalam kol 2.30 ptg kami baru bergerak keluar rumah. Jalan-jalan ke BP Mall dapat hasil yang paling memuaskan hati LAKARAN KAMI DALAM VERSI KARTON

3 Oktober, 2009


Hari ini Sabtu, Cik bertugas untuk Majlis Karnival Aktiviti Pelajar 2009. Izam pun bekerja seperti biasa. Dalam kol 11.00 pagi Izam telefon dan memberitahu atuk meninggal dunia pagi awal subuh tadi. Izam ambik keputusan untuk balik sendiri.

Sebelah malamnya kami sama-sama bersiap untuk balik semula ke Yong Peng untuk kenduri aruah atuk.

Raya Pertama Di Tangkak


Raya 2009 buat pertama kalinya beraya jauh dari ibu, ayah, adik-adik dan anak-anak.

Sedih kerana terpaksa meninggalkan Ibu, Ayah dan Nane yang tak cukup tangan dan kaki untuk mengemas rumah dan masak di malam raya kerana tahun-tahun sebelum ni kami yang menguruskan rumah bersama-sama. Izam buat keputusan di saat akhir untuk balik menyambut raya di Yong Peng dan Cik terpaksa akur dengan permintaannya. Hati bertambah sedih kerana tiada riuh rendah memasak dan mengemas di rumah mertua. Masing-masing tidur. Tapi Cik tak dapat melelapkan mata buat seketika ketika itu kerana terlalu sedih meninggalkan ibu dan ayah sendirian memasak di rumah dan Nane mengemas sendirian.

Balik dari sembahyang sunat raya masing-masing bersiap untuk balik ke Tangkak. Dapatlah menjejakkan kaki ke rumah saudara Izam dan berkenal-kenalan dengan mereka. Tapi mereka pun tak banyak bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM


Inilah pejabat baru Cik di sini.

12 Oktober, 2009 (Isnin) 9.05 pagi

Buat ke sekian kalinya Cik dapat mengemaskini blog sendiri setelah sekian lama tidak berkesempatan mendatanginya.

Ketika ini Cik dan suami tengah taksub dengan permainan control termasuk helikopter, kereta dan enjin kerok. Kami telah mempunyai beberapa koleksi yang terdiri daripada 3 buah kereta dengan saiz paling kecil sehingga paling besar, sebuah helikopter dan sebuah enjin kerok. Kat sini Cik masukkan kereta control suami, warna biru kuning.

Sunday, August 30

MaJLiS PeRSaNDiNGaN 26 JuLai, 2009







Sehari selepas nikah, Majlis Bertandang rumah lelaki. Suami Cik memilih songket bunga tabur coklat. Surprise suami untuk Cik kerana tema warna dipilih sendiri. Bangga kerana warna yang suami pilih, sesuai dengan kami. Apatah lagi suami tinted sikit berbanding Cik yang berkulit cerah.

Untuk semua, beberapa koleksi kami di dalam SONGKET BUNGA TABUR COKLAT.

MaJLiS PeRNiKaHaN PaDa 25 JuLai, 2009







Majlis Pernikahan dilangsungkan secara sederhana di Masjid Jamek Rengit dengan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. Nak jadi cerita, perkenalan Cik dengan suami, dimulakan oleh suami dan tidak pernah terfikir di kepala Cik sendiri. Hubungan yang Cik gelar "CINTA GILA" akhirnya membawa Cik menjadi isteri yang sah kepada suami Cik, MD. ZAHARUNIZAM BIN ALI. Satu nama yang kecik, sekecik orangnya.

Tak ramai yang tahu perbezaan umur kami. Yang tak tahu, mungkin mengatakan perbezaannya dalam 5 tahun. Tapi hakikatnya, suami Cik 13 tahun lebih muda. Sukar untuk digambarkan bila cinta gila kami akhirnya diizinkan untuk bersatu oleh keluarga masing² walaupun pada mulanya mengalami sikit kesukaran kerana perbezaan umur tu sendiri, kedudukan dan pekerjaan.

Boyfriend "muda" Cik bekerja tapi belum bekerja tetap dan kebudak-budakan di mata ibu. Cik lak bekerja tetap dan hampir lengkap dengan kemudahan asas hidup. Cik ada rumah dan semua kelengkapan rumah. Pendek kata, Cik ada semua kecuali kereta. Di satu sudut yang lain, timbul pula isu di belah keluarga boyfriend kerana Cik tak kawin² lagi walaupun telah berumur. Pertikaian itu, menyebabkan ibu dan mak pertelagah pendapat walaupun ayah dan abah tidak terlalu kisah.

Sebenarnya, kawin cepat atau lambat tidak pernah jadi isu kat kepala Cik untuk menjeruk rasa. Malah, di saat² akhir Cik akan mengakhiri zaman bujang dan bergelar isteri, Cik terfikir mampu tak Cik menjadi isteri sedangkan Cik dah biasa bujang dan selalu buat keputusan untuk diri sendiri. Cik tak suka dikawal dan dipaksa. Cik suka pakai apa aje yang cantik kat mata Cik dan Cik suka makan semua yang sedap Cik pandang. Pendek kata Cik susah diKAWAL.

Dari semua saudara-mara dan sahabat-handai, doakan jodoh dari "CINTA GILA" Nor Azia Binti Mohd Yusof dan Md. Zaharunizam Bin Ali akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa kami. Maka tidak sia²lah kami mendengar orang mengata. Amin.

MaJLiS PeRTuNaNGaN PaDa 19 aPRiL, 2009






Tempoh pertunangan Cik dengan suami tak lama. Cuma kurang lebih 3 bulan aje. Majlis Pertunangan pada 19 April, 2009. Majlis Pernikahan pula pada 25 Julai, 2009. Cik tontonkan kepada pembaca beberapa koleksi dua² majlis Cik dan suami.






30 Ogos, 2009

Buat pertama kalinya Cik terpanggil untuk mempunyai blog sendiri walaupun telah beberapa kali menjengah ke blog ipar² Cik. Mungkin Cik belum begitu mahir menggunakannya tapi Cik akan improve dari semasa ke semasa.

Menganjak ke 9 hari umat Islam berpuasa tahun ini. Semalam, Cik berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga mertua. Hari ini, jika dipanjangkan usia, Cik dan suami akan berbuka puasa pula di rumah ayah.

Persiapan awal telah dibuat sebelum melangkah ke Yong Peng untuk berbuka puasa. Sebagaimana yang Cik katakan pada suami, Cik akan masak. Cik dapat masak 2 jenis lauk: AYAM MASAK KICAP n KOBIS MASAK LEMAK. Sementara menunggu suami balik kerja, lauk telah "stanby" atas meja untuk dibawa ke Yong Peng. Dalam kol 6 lebih sikit, suami Cik sampai rumah dan terus mandi. Siap aje, kami terus bergerak balik Yong Peng.

Perkara yang baru dalam hidup Cik, bila dapat berbuka bersama dengan semua keluarga mertua yang juga keluarga baru Cik kini. Dengan keletah Qayyum yang berpuasa makan nasi sepanjang bulan puasa, sebagaimana yang diberitahu oleh mamanya, tiba-tiba merajuk dan tak nak makan bila masuk waktu berbuka, kerana disakat oleh Poksunya yang juga suami Cik. Poksu memang suka sangat menyakat anak² buah. Kekadang sampai menangis budak² tu dibuatnya.

Selepas selesai Cik mengajak suami ke Pekan Yong Peng untuk membelikan kek birthday Qayyum. Genap 2 tahun mengikut bulan Islam sebagaimana yang diberitahu oleh mak semasa berbuka tadi. Ajak Mak Iti sekali. Sampai di kedai kek, Qayyum malu² untuk memilih kek. Akhirnya, Kakak yang pilih. Kek blueberry dengan coklat chip di keliling - RM24.00. Puas rasa hati bila tengok Qayyum dan Kakak happy. Ditambah lagi dengan masing² suami Cik belikan mainan kotak.

Malam, selepas balik dari Yong Peng, Cik dan suami baring depan tv tengok cerita Titanic kat channel Astro. Sudahnya kami masuk tidur pukul 4 pagi selepas sama² bersahur dengan air panas dan roti. Mudahnya suami Cik ni, time sahur tak nak makan makanan berat.

Hari ni, awal pagi Cik dan suami dah terjaga. Suami Cik diminta untuk datang bekerja oleh bosnya. Cik pulak menumpang sekaki untuk ke pejabat. Niat hati nak fotostat semua dokumen pembayaran yang dah menunggu 2 kotak ABBA Fail. Penatnya nak berdiri lama di mesin fotostat. Satu cabaran baru selepas 8 tahun Cik melakukan kerja² kewangan di UTHM.

Tahun ini, genap 10 tahun Cik bekerja. Bermula 13 Julai, 1999 di Pejabat Kewangan, 2 Julai, 2001 di Fakulti Pengurusan Teknologi dan 1 Januari, 2009 yang lalu bermula episod kerja yang paling mencabar di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Cik masih lagi melakukan kerja² kewangan dengan Bayaran Insentif Tugas Kewangan sebanyak RM40.00. Semoga kerja yang sentiasa menguji kesabaran ini, memberikan pulangan rezeki yang BERKAT.