Monday, July 29

SeBuTaN KeS SeoRaNG KaWaN

Sedih rasa hati...petah lagi dalam bulan puasa ni...ndak-ndak lagi raya dah tinggal baper ari je lagi...seorang kawan rapat di zaman sekolah...  Bercinta dah berkahwin di umur muda.  Cik tumpang gembira kerana cinta sekolah mereka berjaya hingga ke jinjang pelamin. 
 
Tapi...tersentak rasa hati bile tiba-tiba...kawan baik Cik yang Cik gelarkan Z..telefon dan memberitahu bahawa suaminya, L, yang juga kawan sekelas Cik...main gile dengan janda beranak 5.  Hancur luluh rasa hati.  Bayangkan...anak-anak Z dan L sendiri pun dah 6 orang.  Macam mana boleh mengejar janda beranak 5? 
 
Menangis2 Cik dengan Z berpelukan masa kami berjumpa sebelum puasa aritu kat Pantai Punggur...  Cik dapat bayangkan kesedihan Z.  Dengan anak kecik2.  Yang paling besar baru 14 tahun.  Yang paling kecik plak baru 4 tahun.  Apa yang bermain kat kepala otak Cik niii....macam mana raya mereka anak beranak?  Semuanya sedih...
 
Arini...Cik terpanggil untuk menulis di sini apabila Cik dapat sms dari Z memberitahu dan minta Cik doakan agar dia kuat kerana harini adalah hari sebutan kes perceraian dia dengan L.  L telahpun menceraikan Z melalui sms semenjak sebelum puasa aritu. 
 
Cik yakin Z kuat.  Semoga segalanya dipermudahkan bagi orang yang teraniaya macam Z.  Cik kesal dengan sikap L dan janda anak 5 tu.  Masing-masing kawan setingkatan semasa sekolah.  Tapi tergamak menyebabkan runtuh rumahtangga org kerana nafsu diri sendiri.  

Thursday, July 25

uLaNG TaHuN PeRKaHWiNaN Ke-4: 25 JuLai 2013

Alhamdulillah diberi kesempatan umur untuk meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Cik n En. Suami yang ke-4.  Walaupun masih muda di alam perkahwinan...tapi banyak sudah pengalaman yang ditempuhi bersama.  4 tahun berkahwin..ramai yang bertanyakan "anak".  Kami tidak merancang...segalanya ketentuan Tuhan. 
 
 
Cik pula masih ada setahun setengah lagi untuk menghabiskan study.  Bile merancang untuk mengandung...kenalah diatur secara teliti supaya tidak bertembung due bersalin dengan exam.  Betul tak?
 
 
Semoga cinta gile kami kekal ke akhir hayat.  Mengharapkan kengkawan mendoakan yang sama.  Amin.