Sunday, June 30

TRiP Ke KuaLa TeReNGGaNu 31 Mei 2013 HiNGGa 3 JuN 2013

Melayan adik sorang nak sangat gi Kuala Terengganu...akhirnya sampai gak ke sana pada 31 Mei 2013 hingga 3 Jun 2013.  Bergerak kol 1.00 pagi dari Parit Raja.  Masing-masing buntang mata tak tido dalam keta.  En. Suami pulak balik dari keje petang tuuu ngadu kat Cik...kata dia demam.  Tapi masih mampu bertukar pandu dengan adik ipar, tuan punya keta.  Biasa laa kalau "Cuti-cuti Malaysia" kami jalan double couple.  Maklum laa masing-masing belum ada anak.  Happening jek.  Bersyukur sangat dengan apa yang Cik ada.  Adik-adik pun baik dan tak berkira.

Dapat pulak tuan rumah yang tak berkira.  Kami dapat masuk rumah bile-bile masa kami sampai.  Tuan rumah pun tak mintak duit deposit dari kami.  Base on trust jek.  Kami pilih untuk duduk kat Homestay Pulau Duyong kerana dah buntu cari penginapan.  Cik survey beberapa tempat tapi semuanya penuh.  Akhirnya Cik teringatkan pakcik tuan rumah di Homestay Pulau Duyong.  Cik dan En. Suami penah menyewa homestay dari tuan rumah yang sama sebelum ni.

Sesiapa yang berminat boleh komen di bawah...t Cik bagikan no. telefon tuan rumah Homestay Pulau Duyong tuu..  Nak gi kopok losong pun dekat jekkk.  Nak makan seafood pun senang bile stay kat homestay tuuu..  Jom kita berkongsi koleksi gambar-gambar Cik sepanjang bercuti di KUALA TERENGGANU.


Benti di Kerteh untuk bekpes kat McD



Mercu tanda Dungun


Homestay Pulau Duyong




 Aktiviti Hari Pertama

 








Jumpa ini di Kuala Terengganu
 

Dan ini (macam tak penah jumpa di Johor) 
  



Malam di Kuala Terengganu...meninjau makan malam di pasar malam berhampiran Mydin.


  Aktiviti Hari Kedua 
Pepagi lagi kami dah plan nak gi Masjid Kristal semula sebab semalam pergi dah lewat.  
Hanya sempat bersolat maghrib.
 


Dari Masjid Kristal kami terus gerak ke Pasar Payang.  Dapat beli kuih akok, tapai pulut dalam daun, lemang, gula melaka, keropok dan mangga besar yang manis.  




Makan malam kami di D'GANU STEAM BOAT  
Sangat berpuas hati dengan kebersihan cafe niii, makanan sedap dan harga berpatutan.


Menu makanan 
 
Menu Minuman


Makanan-makanan yang menjadi pilihan kami di D'GANU STEAM BOAT







 Di jeti berhampiran D'GANU STEAM BOAT
 

Orang-orang tempatan sangat pemalu rupanya.  Masing-masing bile diminta tolong ambikkan gambar kami berempat..semuanya menolak.  Jadi..kami cuma ada gambar ini aje.

 
Pemandangan malam di jeti yang sama


 Pemandangan arah bertentangan 





       Aktiviti Hari Ketiga (terakhir) 
Ni bas unik yang kami jumpa di Kuala Terengganu.  Kami sempat ke kedai2 tudung di stesen bas Kuala Terengganu untuk memborong tudung. 
 
 
 


 Perjalanan balik..berenti beli macam-macam kuih, satar, keropok dan lemang.




Tata Kuala Terengganu...lain kali kami datang lagi.

eMMM SeDaPNYa

Makanan lain sikit yang sedap di Batu Pahat.  Jom kengkawan...berani kata..memang sedap.  Tak rugi cuba.  Harga boleh cara, RM13.  Macam stall burger jekkk depan Bangunan Tabung Haji Bukit Pasir:-  BP GRILL'E