Tuesday, September 17

PeNDaFTARaN SuBJeK SeMeSTeR 8 PeNGaJiaN LuaR KaMPuS UUM

Pendaftaran subjek untuk Semester 8.  Alhamdullillah semakin hampir ke garisan penamat.  Masih mengumpul sisa-sisa kekuatan untuk menghabiskan sesuatu yang sepatutnya telah lama Cik lakukan dulu...
 
SSZK2003 Penyelidikan Sains Sosial
GFPP Politik Ekonomi Antarabangsa
GMGM3063 Pengurusan Kerjaya
GMGF3013 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam
 

Sunday, September 8

Nak MaKaN DiTeMaNi iKaN-iKaN CaNTiK..BoLeH CuBa Di i-TaKaLa

Kepada kawan-kawan ataupun pengunjung dari luar yang nak kan kelainan semasa makan selepas membeli belah di Pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan pasu-pasu, putu bambu, barangan pengantin....boleh lah mencuba di i-Takala.  Sebuah restoran yang perabotnya semua akuarium dengan ikan emas berenang-renang di bawah meja, di kerusi dan di sekeliling anda.....!!
 
 
 
 
 





 

Students dan staf UTHM...jangan tinggalkan kad matrik anda kerana harga potongan menanti anda apabila kad matrik ditunjukkan semasa membuat pembayaran!! 

aHLi BaRu DaLaM FaMiLi KaMi

Nama saya ARIANA IZZATI.  Saya adik kecil Kakak Irdina Izzati, Kakak Arissa Izzati dan Abang Adam Iman
 
 
 
 
 
 
Nama saya pulak HANI EISMA IRZZANY.  Ibu saya Elmi Izua dan ayah saya Haffiz.
 

 
 
 


CeRiTa RaYa 2013

Lama sangat dah Cik tinggalkan ruangan niiii....sampai dah abis raya...arini, dengan sepenuh kekuatan tenaga dan sikit keazaman..Cik bukak jugak ruangan niii dan nak share beberapa peristiwa raya 2013 (sebenarnya nak tengok xcimen yang tak sentuh lagi).
 
 
Kami bergambar dulu sebelum tukar baju....ni baru sampai dari umah mertua di Yong Peng.



 
 Dalam raya En. Suami ubah warna dinding ruang makan kami.  Sukahati awak laa En. Suami.
 

Arissa Izzati, Irdina Izzati, Adam Iman dan Ariana Izzati pun balik beraya umah Tok Ayah Tok Ibu.
 
 
 
 
Hidangan ringkas untuk Marhaban Taman Pintas Puding. 
Asik potong buah dan susun dalam pinggan...sama jek...tak nampak kelainan langsung....Akhirnya Cik terpikir untuk menyediakan SATE BUAH yang nampak lain dan menarik dan lari sikit dari kebiasaan.  3 jam Cik duduk menghiris dan mencucuk sate buah ni.  Dah hasilnya dapatlah dalam 100 cucuk.  Mungkin kengkawan boleh jadikan idea untuk hidangan ringkas di rumah masing-masing pulak lepas ni.  Selamat mencuba.
 



Ruang tamu selepas marhaban habis dan terus Cik kemas.  Gitu gini dekat lewat malam gak laa baru dapat tido...