Wednesday, October 30

KaSiH DaN KaSiHaN

 Berhari-hari En. Suami ditahan di wad kerana kemalangan yang menyebabkan tulang tangan kiri patah tiga.  Memang malang kita tak boleh bau....  Nak salahkan sapa??  Kawan yang jatuh atau tangga yang jatuh??  Yang pastinya...kawan En. Suami jatuh dari tangga dan tangga tuuu timpa En. Suami pulak...kawan tak dek pape...En. Suami yang patah riuk.  Berhari-hari gak laa Cik terpaksa tidur atas kerusi di wad.  Makan mandi semua tak menentu.  
 


 Keluar dari wad...Cik pantangkan En. Suami tak ubah macam pantang orang bersalin.  Tujuannya satu jekk supaya luka dan jahitan cepat baik.  Berbulan En. Suami tidak boleh bekerja.

 





  Sekarang luka En. Suami memang dah baik...tapi yang patah tak kan balik asal.  Kasihan Cik tengok dan dengar.  Setiap hari En. Suami akan mengadu sakit.  Bukan tuuu aje...En. Suami selalu jugak demam.  Tangan En. Suami selalu bisa, sengal dan tak boleh lagi untuk mengangkat benda-benda berat. 

Monday, October 21

aDiK 30 TaHuN 18/10/2013


Doakan yang baik-baik untuk adik.

Monday, October 14

aKTiViTi aRi iSNiN 14/10/2013

Ni laaa gamaknya umah Cik setiap kali mengerjakan xcimen.  Bile laa dapat nak siapkan xcimen niii weii.  Dah pening tengok umah yang serabot macam kapal karam.


 Kerja menyambil niii best gak...cuma penat sket jekk laaa.  Dalam pada Cik mengadap xcimen, Cik dah dapat menumis kari daging untuk di bawak balik ke kampung.  Malam raya di rumah ayah.  Tahun niii alhamdulillah ada lagi rezeki ahli keluarga membuat ibadat qurban.

Ni dia kari daging yang Cik dah tumis...tunggu En. Suami balik bawak kentang.  Baru jek semalam Cik abiskan kentang..tak jangka pulak arini nak guna.  

Kari yang belum diletak santan...



 

Saturday, October 12

MaSaK-MaSaK aRi SaBTu

Sabtu, 12 Oktober 2013, hari ni main masak-masak berbagai jenis ikan sebab nak abiskan semua stok ikan sebelum Hari Raya Aidiladha.  Cuma menunggu En. Suami balik rehat jek.  Nanti boleh makan sama.


 Ikan Pelaling Goreng...Pertama kali cuba nak makan ikan ni sebab Sue Kassim kata sedap kalau digoreng dan makan dengan nasi panas-panas.



 Ikan masak terutub.  En. Suami suka sangat ikan masak terutub ni.  Resepi ibu.  Macam masak sambal cuma ditumis dengan serai dan diletak gula secukup rasa.



 Ikan masak ijau.  Sue Kassim ajar masak macam niiii.  Mungkin masakan orang Jawa.  Cuma, Cik masak terkering sikit.  Ikan ni pulak Cik belajar makan dari Fauziah Ambiah.  Rupanya banyak jenis ikan yang Cik baru pandai makan.  Bak kata Kak Janah..makanan kita adalah apa yang ibuayah kita ajar makan.  Kalau kat rumah...memang tak penah jumpa tiga-tiga jenis ikan niiii.  Tima kasih Sue Kassim.  Tima kasih Yah.  Ajar Cik makan ikan-ikan niii.  Cuma ada sejenis ikan yang Cik masih belum pandai nak makan.  SEMUA JENIS IKAN SUNGAI.



 Ni pulak sayur buncis masak kicap.  Alhamdulillah..syukur kepada Allah dengan rezeki kami pada hari ini.



 Inilah hidangan untuk En. Suami tercinta pada harini.  Ditambah dengan teh o panas dan ais jelly.  Tima kasih ibu buatkan jelly untuk ais jelly nii.











Sunday, October 6

MaiN-MaiN DeNGaN JaRuM DaN BeNaNG


Baju nikah ipar yang Cik jahitkan manik 2 tahun lepas 
(kerana Cik rasa baju terlalu plain)






Ni pulak baju yang Cik manikkan untuk ke majlis menjemput menantu adik 
bongsu Cik tahun lepas

Ni lagi sulam tampal yang Cik buat



SuLaM TaMPaL uNTuK iBu

Kerja menyulam tampal lengan baju ibu Cik buat dalam masa 2 hari.  Sementara azam nak menyulam dan memanik ada Cik usahakan jugak sampai siap.  Habis sebuku benang besar Cik tambah beli sebuku yang kecik pulak.  Mintak-mintak ibu suka laa dengan sulam tampal yang Cik buat ni...  Takut gak kalau tetiba ibu tak suka sebab warna yang berlawanan tu. 


 

MaiN MaSaK-MaSaK




 Hujung minggu yang tak kerja Cik wajib masak untuk En. Suami.  Minggu lepas Cik masak lauk lemak udang campur cendawan, sayur kacang goreng bersantan dengan rojak tempe.  Tergerak pulak nak buat air bandung soda.  Dan ini lah hasilnya.     




Minggu niiiii Cik masak sambal tempe dan ayam masak kicap.  Kebetulan adik Cik singgah ke rumah..bawak lauk asam pedas ayam dengan telur dadar.  Pe lagi...selera laa En. Suami makan.  Alhamdullillah...dengan rezeki yang kami ada.