Thursday, June 27

ReNuNGaN PeTaNG

Penah pikir tak??  Kita solat setiap waktu setiap hari tapi kita tak jaga mulut kita, mata kita, tinga kita, ati kita, makan kita, ati kawan-kawan kita...  Jadi??  Ada lagi tak baki pahala dari solat kita?? 

Pergi haji..pergi umrah..tapi masih bersengketa.  Tak tahu pulak kalau nak beramal tu sampai kena jalan tegak menonong.  Tak perasan pulak kalau nak beribadat tu sampai kena muncung sedepa idung mendongak ke langit.  Kalau ikut bahasa jahatnya..buang duit jek pergi haji..pergi umrah..kalau balik semula ke Malaysia..perangai tetap tak berubah.  Jangan pergi haji...pergi umrah semata kerana berduit.  RUGI.  Kat dunia niii ada masanya kita perlukan keluarga kita.  Di lain waktunya pulak...kita perlukan kengkawan kita.  Keberadaan mereka2 tuuu semua ikut situasi dan keadaan. 

Sesetengahnya pulak...tak pernah berkawan...tak pernah bekerja satu bangunan...tak pernah berjiran....apatah lagi berkongsi pinggan....tapi jadi musuh tak tentu pasal.  Apasal nak iri hati tengok orang cantik..tengok orang bergaya...tengok orang berbarang?  Masing2 ada keje...masing2 ada duit...masing2 ada mampu...beli je laaa...kalau tak boleh yang sama beli jek yang lebih besar..yang lebih mahal..tak dek sapa nak marah.

Orang nak bergaya bukan kira pangkat atau gred jawatan.  Kalau dari lahir tengok dunia..dah dikenalkan dengan benda2 yang mewah...rezeki dia laa kan.  Tengok pulak mak bapak orang keje apa.

Pendek kata...Cik muhasabah diri....ala kadar jek kan laa ati kita.  Tak payah nak hasad sangat dengan orang2 sekeliling kita.  

p/s:  Lebih suka tengok pompuan seksi tapi tak tinggal solat daripada tengok pompuan bertudung litup tapi ati penuh hasad.        

No comments:

Post a Comment