Sunday, August 30

30 Ogos, 2009

Buat pertama kalinya Cik terpanggil untuk mempunyai blog sendiri walaupun telah beberapa kali menjengah ke blog ipar² Cik. Mungkin Cik belum begitu mahir menggunakannya tapi Cik akan improve dari semasa ke semasa.

Menganjak ke 9 hari umat Islam berpuasa tahun ini. Semalam, Cik berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga mertua. Hari ini, jika dipanjangkan usia, Cik dan suami akan berbuka puasa pula di rumah ayah.

Persiapan awal telah dibuat sebelum melangkah ke Yong Peng untuk berbuka puasa. Sebagaimana yang Cik katakan pada suami, Cik akan masak. Cik dapat masak 2 jenis lauk: AYAM MASAK KICAP n KOBIS MASAK LEMAK. Sementara menunggu suami balik kerja, lauk telah "stanby" atas meja untuk dibawa ke Yong Peng. Dalam kol 6 lebih sikit, suami Cik sampai rumah dan terus mandi. Siap aje, kami terus bergerak balik Yong Peng.

Perkara yang baru dalam hidup Cik, bila dapat berbuka bersama dengan semua keluarga mertua yang juga keluarga baru Cik kini. Dengan keletah Qayyum yang berpuasa makan nasi sepanjang bulan puasa, sebagaimana yang diberitahu oleh mamanya, tiba-tiba merajuk dan tak nak makan bila masuk waktu berbuka, kerana disakat oleh Poksunya yang juga suami Cik. Poksu memang suka sangat menyakat anak² buah. Kekadang sampai menangis budak² tu dibuatnya.

Selepas selesai Cik mengajak suami ke Pekan Yong Peng untuk membelikan kek birthday Qayyum. Genap 2 tahun mengikut bulan Islam sebagaimana yang diberitahu oleh mak semasa berbuka tadi. Ajak Mak Iti sekali. Sampai di kedai kek, Qayyum malu² untuk memilih kek. Akhirnya, Kakak yang pilih. Kek blueberry dengan coklat chip di keliling - RM24.00. Puas rasa hati bila tengok Qayyum dan Kakak happy. Ditambah lagi dengan masing² suami Cik belikan mainan kotak.

Malam, selepas balik dari Yong Peng, Cik dan suami baring depan tv tengok cerita Titanic kat channel Astro. Sudahnya kami masuk tidur pukul 4 pagi selepas sama² bersahur dengan air panas dan roti. Mudahnya suami Cik ni, time sahur tak nak makan makanan berat.

Hari ni, awal pagi Cik dan suami dah terjaga. Suami Cik diminta untuk datang bekerja oleh bosnya. Cik pulak menumpang sekaki untuk ke pejabat. Niat hati nak fotostat semua dokumen pembayaran yang dah menunggu 2 kotak ABBA Fail. Penatnya nak berdiri lama di mesin fotostat. Satu cabaran baru selepas 8 tahun Cik melakukan kerja² kewangan di UTHM.

Tahun ini, genap 10 tahun Cik bekerja. Bermula 13 Julai, 1999 di Pejabat Kewangan, 2 Julai, 2001 di Fakulti Pengurusan Teknologi dan 1 Januari, 2009 yang lalu bermula episod kerja yang paling mencabar di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Cik masih lagi melakukan kerja² kewangan dengan Bayaran Insentif Tugas Kewangan sebanyak RM40.00. Semoga kerja yang sentiasa menguji kesabaran ini, memberikan pulangan rezeki yang BERKAT.

No comments:

Post a Comment