Tuesday, November 5

aNaK BuLu 5 HaRi BeRSaMa

Jumaat baru niii Cik dan En. Suami balik kampung.  Sesampai jek Cik terdengar anak kucing menangis.  Cik cari...last2 jumpa kat tepi rumah.  Kesian Cik tengok...Cik angkat dan masukkan ke dalam kotak.  Mungkin dia takut, mungkin dia sejuk, mungkin dia haus, Cik tak tau.  Yang Cik tau..anak kucing yang masih belum bukak mata tuuu ditinggalkan oleh maknya.  Adik Cik kata dia lahir atas bumbung rumah.  Dah berhari2 dengar nangis.  Tapi tak nampak maknya.  Dan tak tau macam mana anak kucing boleh ada kat tepi rumah.  Adik kata mungkin anak kucing jatuh dari bumbung. 

Kerana kesian...Cik dan En. Suami ambik anak kucing bawak balik ke rumah kami.  En. Suami kata...kalau lebih seminggu anak kucing bertahan...maknanya dia akan terus idup.  Cik mandikan kerana dia terlalu kotor dan ada telur langau bertompok2 kat bulu.  Masa Cik jumpa..memang anak kucing dihurung dua ekor langau.  Pastu Cik keringkan badan dengan kain dan hairdryer supaya tak sejuk.  Cik bagi anak kucing minum susu. Penat menangis...dia tidur.  Tidurnya sampai ke siang.  Sehingga kami kejut...baru dia menangis lagi.  Cik bagi minum air mineral pulak.  Dia suka tidur.  Kerjanya tidur aje.  Kalau tak dikejut..dia tak bangun.  Gaya tidur bermacam2.  Memang comel.  Cik dan En. Suami berharap sangat anak kucing dapat bertahan walaupun tanpa ibu.

Siang tuuu Cik dan En. Suami pusing Parit Raja untuk cari susu khas anak kucing.  Malangnya tak ada.  Cik cuma dapat botol susu jek dengan harga RM7.50.  Cik dan En. Suami ketawa2 tengok botol susu yang kecik dan comel.  Kami terus ke Bukit Pasir mencari petshop.  Last2 Cik masuk klinik haiwan.  Dapat susu dengan harga RM30.  

Doktor nasihatkan supaya anak kucing dialas dengan suratkhabar dan kain supaya badannya panas.  Susu pulak cuma dibagi 10 titis untuk setiap 1 jam.  Doktor jugak nasihatkan kami tidak menggunakan botol susu kerana anak kucing yang kecik tidak boleh minum banyak ditakuti susu akan memenuhi paru-paru dan dia akan mati.  Kami ikut nasihat doktor.

Hari ke-4...malam tu..anak kucing macam biasa.  Tapi liat sikit nak tidur.  Selalunya anak kucing bangun lambat.  Tapi pagi tuu terdengar dia menangis.  Cik agak dia haus.  Cik buatkan susu.  Masa Cik nak bagi susu...anak kucing...macam tak bermaya.  Badan sejuk dan lembik.  Tak macam selalu bile dipegang dia agresif dan menangis.  Cik gitau En. Suami badan anak kucing sejuk.  Kami sama2 cuba suapkan susu.  Anak kucing tak nak minum.  Suara makin tak dengar.  Dan tiba2 layu tak bergerak.  Anak kucing mati kat atas tapak tangan Cik.  Tuhan aje yang tahu sedihnya kami.  Sepangjang pagi Cik nangis.  Cik harap sangat anak kucing dapat hidup membesar.  Baru hari kedua anak kucing bukak mata.  Anak kucing dah mati dan tinggalkan kami.

Bukan rezeki kami untuk membesarkan anak kucing.  Bak kata adik Cik..hanya anak manusia aje yang boleh diganti dengan susu formula....yang boleh ditinggalkan ibu.  Tapi bukan anak kucing.  Kawan2 Cik pun kata yang sama...selalunya anak kucing yang ditinggalkan ibu tak mampu bertahan sendiri walaupun kita bela.  Cik dan En. Suami terima tu semua dan kami telah tanam anak kucing di rumah ayah di bawah pokok kelapa gading.



       

No comments:

Post a Comment