Kerja menyulam tampal lengan baju ibu Cik buat dalam masa 2 hari. Sementara azam nak menyulam dan memanik ada Cik usahakan jugak sampai siap. Habis sebuku benang besar Cik tambah beli sebuku yang kecik pulak. Mintak-mintak ibu suka laa dengan sulam tampal yang Cik buat ni... Takut gak kalau tetiba ibu tak suka sebab warna yang berlawanan tu.
Sunday, October 6
MaiN MaSaK-MaSaK
Hujung minggu yang tak kerja Cik wajib masak untuk En. Suami. Minggu lepas Cik masak lauk lemak udang campur cendawan, sayur kacang goreng bersantan dengan rojak tempe. Tergerak pulak nak buat air bandung soda. Dan ini lah hasilnya.
Minggu niiiii Cik masak sambal tempe dan ayam masak kicap. Kebetulan adik Cik singgah ke rumah..bawak lauk asam pedas ayam dengan telur dadar. Pe lagi...selera laa En. Suami makan. Alhamdullillah...dengan rezeki yang kami ada.
Tuesday, September 17
PeNDaFTARaN SuBJeK SeMeSTeR 8 PeNGaJiaN LuaR KaMPuS UUM
Pendaftaran subjek untuk Semester 8. Alhamdullillah semakin hampir ke garisan penamat. Masih mengumpul sisa-sisa kekuatan untuk menghabiskan sesuatu yang sepatutnya telah lama Cik lakukan dulu...
SSZK2003 Penyelidikan Sains Sosial
GFPP Politik Ekonomi Antarabangsa
GMGM3063 Pengurusan Kerjaya
GMGF3013 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam
Sunday, September 8
Nak MaKaN DiTeMaNi iKaN-iKaN CaNTiK..BoLeH CuBa Di i-TaKaLa
Kepada kawan-kawan ataupun pengunjung dari luar yang nak kan kelainan semasa makan selepas membeli belah di Pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan pasu-pasu, putu bambu, barangan pengantin....boleh lah mencuba di i-Takala. Sebuah restoran yang perabotnya semua akuarium dengan ikan emas berenang-renang di bawah meja, di kerusi dan di sekeliling anda.....!!
Students dan staf UTHM...jangan tinggalkan kad matrik anda kerana harga potongan menanti anda apabila kad matrik ditunjukkan semasa membuat pembayaran!!
aHLi BaRu DaLaM FaMiLi KaMi
Nama saya ARIANA IZZATI. Saya adik kecil Kakak Irdina Izzati, Kakak Arissa Izzati dan Abang Adam Iman
Nama saya pulak HANI EISMA IRZZANY. Ibu saya Elmi Izua dan ayah saya Haffiz.
CeRiTa RaYa 2013
Lama sangat dah Cik tinggalkan ruangan niiii....sampai dah abis raya...arini, dengan sepenuh kekuatan tenaga dan sikit keazaman..Cik bukak jugak ruangan niii dan nak share beberapa peristiwa raya 2013 (sebenarnya nak tengok xcimen yang tak sentuh lagi).
Dalam raya En. Suami ubah warna dinding ruang makan kami. Sukahati awak laa En. Suami.
Arissa Izzati, Irdina Izzati, Adam Iman dan Ariana Izzati pun balik beraya umah Tok Ayah Tok Ibu.
Hidangan ringkas untuk Marhaban Taman Pintas Puding.
Asik potong buah dan susun dalam pinggan...sama jek...tak nampak kelainan langsung....Akhirnya Cik terpikir untuk menyediakan SATE BUAH yang nampak lain dan menarik dan lari sikit dari kebiasaan. 3 jam Cik duduk menghiris dan mencucuk sate buah ni. Dah hasilnya dapatlah dalam 100 cucuk. Mungkin kengkawan boleh jadikan idea untuk hidangan ringkas di rumah masing-masing pulak lepas ni. Selamat mencuba.
Ruang tamu selepas marhaban habis dan terus Cik kemas. Gitu gini dekat lewat malam gak laa baru dapat tido...
Monday, July 29
SeBuTaN KeS SeoRaNG KaWaN
Sedih rasa hati...petah lagi dalam bulan puasa ni...ndak-ndak lagi raya dah tinggal baper ari je lagi...seorang kawan rapat di zaman sekolah... Bercinta dah berkahwin di umur muda. Cik tumpang gembira kerana cinta sekolah mereka berjaya hingga ke jinjang pelamin.
Tapi...tersentak rasa hati bile tiba-tiba...kawan baik Cik yang Cik gelarkan Z..telefon dan memberitahu bahawa suaminya, L, yang juga kawan sekelas Cik...main gile dengan janda beranak 5. Hancur luluh rasa hati. Bayangkan...anak-anak Z dan L sendiri pun dah 6 orang. Macam mana boleh mengejar janda beranak 5?
Menangis2 Cik dengan Z berpelukan masa kami berjumpa sebelum puasa aritu kat Pantai Punggur... Cik dapat bayangkan kesedihan Z. Dengan anak kecik2. Yang paling besar baru 14 tahun. Yang paling kecik plak baru 4 tahun. Apa yang bermain kat kepala otak Cik niii....macam mana raya mereka anak beranak? Semuanya sedih...
Arini...Cik terpanggil untuk menulis di sini apabila Cik dapat sms dari Z memberitahu dan minta Cik doakan agar dia kuat kerana harini adalah hari sebutan kes perceraian dia dengan L. L telahpun menceraikan Z melalui sms semenjak sebelum puasa aritu.
Cik yakin Z kuat. Semoga segalanya dipermudahkan bagi orang yang teraniaya macam Z. Cik kesal dengan sikap L dan janda anak 5 tu. Masing-masing kawan setingkatan semasa sekolah. Tapi tergamak menyebabkan runtuh rumahtangga org kerana nafsu diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























